Tuesday, January 5, 2010

Sunnah2 Memotong Kuku

Author: Ustaz Ahmad Fahmi Che Nordin (http://al-aman.blogspot.com)


Memotong kuku merupakan sunnah Nabi Sollallahualaihiwasallam. Ia termasuk di dalam fitrah[1]. Sabda Rasulullah Sollahualahiwasallam:


عن أبي هريرة عن رسول الله صلى الله عليه وسلم أنه قال الفطرة خمس الاختتان والاستحداد وقص الشارب وتقليم الأظفار ونتف الإبط -رواه مسلم
Daripada Abu Hurairah Radiyallahuanhu, daripada Rasulullah Sollallahualaihiwasallam, Baginda bersabda "Fitrah itu lima: Berkhatan, mencukur bulu ari-ari, memotong misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak." (Riwayat Muslim)

Sekarang saya ingin berkongsi cara memotong kuku sebagaimana yg diajar oleh para ulama. Saya akan menyatakan 3 cara untuk memotong kuku jari tangan dan 1 cara untuk memotong kuku jari kaki. Kalau anda menemui cara yg lain, silalah kongsikan bersama. Err, lebih tepat jika disebut tertib potong kuku.

:: Bilakah sunat memotong kuku?
Disunatkan memotong kuku pada hari Isnin, Khamis dan pagi Jumaat. Setelah selesai, disunatkan membasuh jari. Disunatkan memulakan dengan memotong kuku jari tangan terlebih dahulu sebelum kuku jari kaki.

:: Cara potong kuku jari tangan

Pertama: Di sisi Imam Ghazali
Mulakan dengan tangan kanan. Mulakan dengan memotong kuku jari telunjuk hingga kelingking. Biarkan dahulu ibu jari. Terus berpindah ke tangan kiri. Mulakan dengan jari kelingking hingga ke ibu jari tangan. Kemudian barulah potong kuku ibu jari tangan kanan. Nak senang, tengok gambar!


Kedua: Di sisi Imam Nawawi.
Imam Nawawi menyebut cara ini di dalam kitabnya, Syarah Sohih Muslim ketika mensyarahkan hadith yg tertulis di atas. Hadith tersebut berada di dalam Kitab Thoharoh di bawah Bab Khisal Al-Fitrah. Kalau ada masa, rujuklah.

Mulakan dengan tangan kanan. Mulakan dengan kuku jari telunjuk hingga ke kelingking. Kemudian ibu jari. Berpindah ke tangan kiri. Mulakan dengan kelingking hingga ibu jari. Tengok gambar.


Ketiga: Di sisi Imam Ahmad
Mulakan dengan tangan kanan. Gunakan kaedah 'خوابس '. Kemudian gunakan kaedah ' أوخسب ' untuk tangan kiri. Huruf-huruf ini ialah permulaan kepada nama jari-jemari dalam bahasa Arab. Jadi potong kuku anda berdasarkan susunan huruf-huruf ini.

Saya terjemahkan nama jari-jemari dalam bahasa Arab ini ke dalam bahasa Malaysia mengikut susunan daripada ibu jari hingga kelingking untuk memudahkan anda.
إبهام (ibham) : Ibu jari
سبابة (sabbabah) : Jari telunjuk

وسطى (wusto) : Jari tengah
بنصر (binsir) : Jari manis

خنصر (khinsir) : Jari kelingking
Kaedah خوابس untuk jari tangan kanan ertinya: Mulakan dengan jari kelingking, tengah, ibu jari, manis dan telunjuk. Maknanya anda selang-selikannya.

Kaedah أوخسب untuk jari tangan kiri ertinya: Mulakan dengan ibu jari, tengah, kelingking, telunjuk dan akhir sekali jari manis. Maknanya anda selang-selikannya juga. Nak mudah lagi terus tengok gambar!


Imam Ahmad menyatakan bahawa sunat menggunakan tertib ini berdasarkan sebuah hadith. Hadith itu ada disebut di dalam Kitab Al-Mughni, karangan Ibnu Qudamah. Hadithnya,
من قص أظافره مخالفا لم ير في عينيه رمدا
"Sesiapa yg memotong kukunya secara 'mukholifan' tidak akan diserang penyakit mata."

Makna 'mukholifan' ialah seperti tertib yg disebutkan di atas atau seumpamanya.

:: Cara potong kuku jari kaki

Sebagaimana yg diajar oleh Imam Nawawi di dalam Syarah Sohih Muslim, setelah selesai potong kuku jari tangan maka barulah potong kuku jari kaki. Cara yg disebut oleh Imam Nawawi ialah:

Mulakan dengan jari kelingking kanan hinggalah ke kelingking kiri. Straight je! Sama seperti teknik menyelat jari kaki ketika berwuduk.

Terima kasih kepada Rdhanz yg 'hias' sikit kaki ini. p/s: Ini bukan kaki saya.


Rujukan:
1-Syarah Sohih Muslim, karangan Imam Nawawi
2-At-Taqrirat As-Sadidah fil Masail Al-Mufidah, karangan Al-Habib Hasan Al-Kaf

Nota kaki:
[1] Menurut Imam Nawawi, jumlah fitrah tidak terhad kepada lima sahaja. Bahkan tidak terhad kepada sepuluh sebagaimana di dalam hadith yg lain.

Ulama khilaf tentang makna fitrah yg terdapat di dalam hadith ini dan yg sewaktu dengannya. Pendapat kebanyakan ulama, maknanya Sunnah. Bahkan disebut oleh sekumpulan ulama maknanya sunnah-sunnah para anbiya. Dikatakan: maknanya Ad-Din.

Sunday, August 30, 2009

Sunnah Rasulullah Ketika Makan

Sebelum Makan:
1. Mestilah baca doa...
2. Makan mesti duduk...
3. Makan berjemaah lebih afdal...
4. Sediakan dalam talang...
5. Lauk utk dimakan mesti satu jenis... Jgn mkn daging campo ikan...
6. Tutup kepala.. tak kirela pakai kopiah ker songkok ker... nk pakai serban pun takper... tp jgn termakan ekor serban lak...
7. Mkn dibwh lantai bkn diatas meja.. Mkn atas meja mmg tak slh ttp sunnah mkn dilantai..(Atas pinggan atau talang la.. jgn buat benok.. duk letak nasi atas lantai.. kekgi mk ayh tanyer..duk kate sunnah)

Semasa Makan:
1. Jika makan berjemaah... bagi tetamu dulu... kalu mkn ngan kwn2.. bagi sebelah kanan dahulu..
2. Sentuh garam menggunakan jari kelingking... pastu sentuh pada lidah.. Jika ikut sains.. garam dpt meneutralkan raser... sedap skit mkn.. tklah nasi ayam raser ayam.. aiks... mmg la nasi ayam rase ayam...
3. Amik air menggunakan tgn kanan.. penting.. bkn mkn jer tgn kanan... minum pun samer... Minum air 3 teguk lu...
4. Selepas minum.. makan makanan manis dulu... amik guna tiga jari... kalu nasi mmg korang kate tak mampu.. kalu amik kuih tk buat plak...
5. Amik lauk dihadapan dulu... pastu dahulukan kekanan.. pastu kehadapan.. dan diakhiri dikiri kite... pening2.. *.* Buat round la...
6. Jika zaman jahiliyah, org makan sambil bising2.. Jika Yahudi Nasroni, die mkn senyap2... ttp jika Islam, hanye berckp ttg ugama shj...
7. Jgn mkn skit pastu minum air... Biar habis dulu mkn baru minum air... ader org kater minum slps 10 minit.. ader 30 minit... dan mcm2 la.. ikut korang la...

Selepas Makan:
1. Jilat jari mengikut turutan.. Jari hantu, telunjuk, ibu.. pastu jilat la jari lain2 tue... kita dahulukan sunnah... sbb Rasulullah tak mkn nasi... Rasulullah guna 3 jari.. jd jilat 3 jari tu dahulu...
2. Curahkan sedikit air ksg(kalu bleh) atas pinggan yg dimakan.. pastu gaulkan dengan tapak tangan kanan(kalu takde tgn kanan, jgn guna kaki)... pastu minum air dlm pinggan tu... mesti korang tak pernah dgrkan... ttp inilah sunnah yg hampir pupus.. ade hadith mengatakan... jika kita mengamalkan satu sunnah pada zaman kerosakan ummat.. die mendapat pahala syahid.. mksdnyer.. sunnah dimana dlm kalangan anda tdk ader org yg melakukannyer...
3. Pastu bacalah doa habis mkn...
4. Pastu basuh pinggan sendirie... takder arghh... ni bkn sunnah...

*Jika ader salah atau nk tambah.. bagitau jew..

Wallahua'lam

Friday, August 21, 2009

Menghormati Azan


Lidah kelu di saat kematian. Kematian pasti menjelma. Menjelma pada masa dan waktu yang tidak kita ketahui.Cuba kita amati...mengapa kebanyakan org yg nazak tdk dapat b'kata apa2, lidah t'kelu, keras dan hanya mimik mukanya menahan kesakitan SAKARATUL MAUT...Rasulullah bersabda,"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya".. Ini m'nunjukkan kita disarankan agar m'diamkan diri, jgn b'kata apa2 pun semasa azan b'kumandang... sebagai org islam kita wajib m'hormati azan.. banyak fadhilatnya.. Jika lagu kebangsaan pandai pulak berdiri tegak dan diamkan diri... kalu azan tdk boleh pulak mendiamkan diri.. Lantas sesiapa yg b'kta2 ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak... kita takut dengan kelunya lidah semasa ajal hampir tiba... maka kita tdk dpt m'gucapkan lailaha illallah... yang mane sesiapa yg dpt m'gucapkan kalimah itu ketika nyawenya dicabut... Allah m'janjikan syurga utknyer...
Wallahua'lam

Thursday, August 13, 2009

Komunikasi B'kesan


Salam, ana nk kongsi skit mcm maner b'komunikasi dgn org lain dan org ramai sbb ana baru blaja ngan Prof. Zaini mase p'sediaan utk ke mesir... dgn seorang dulu...

Mase b'jumpa:
1. Jgn t'agak2 nk bagi salam dulu.. lagipun Rasulullah s.a.w slalu bagi salam dulu kat sahabat sampai ade skali Saidina Ali nyorok di tmpt biase Nabi s.a.w lalu ttp usaha tdk b'jaya.. Rasulullah b'jaya memberi salam dulu walaupun die tak kuar gi... lagipun kalu anta pikir anta jd org tu... anta gembira kan kalu org greet(bagi salam) kite.. jd tak pyh malu la greet org walaupun was2 die ni kwn aku ker tak...
2. bagi salam kalu Islam... klau bkn Islam kate jer ape kabar...
3. salam pastu terus peluk mcm org arab..org pggl salam semut...kalu laki ngan perempuan jgn la peluk... kalu peluk gak bkn komunikasi b'kesan tp komunikasi m'beri kesan...sambung balik...tanyer sihat tak kat telinga die mase peluk tu(jgn dekat sgt.. nnti tak selesa)... jgn duk tanyer.."adik perempuan sihat?", ader "kakak sihat tak?".. ader yg lagi pelik.."mak sihat tak?".. -.- kalu die tak sihat kite takleh ckp byk2 ngan die.. sbb die tak lalu nk ckp...

Mase b'ckp:
1. mesti tgk mata die dlm mase 3 saat plg kurang tp jgn lamer sgt... nk2 perempuan...
2. kalu die senyum anta senyum.. kalu sedih buat muke sedih walaupun baru dpt byk duit raye...

Mase B'pisah:
1. biasenyer org tak tau mcm maner nk tutup b'bicaraan.. kalu bleh kate la "sibuk",kalu sibuk...kalu tak der idea, kate "ader keje lain nie, kene gi lui la"..
2. mcm biase la... salam semut... sebut aper2 kate b'makna kt telinga die... mcm" Jgn tggl solat.", "Jage diri baik2", dan mcm2 la..

Dengan orang ramai mcm ceramah, syarahan ker, tazkirah ker dan mcm2 la...
1. kalu nk hilang rase gemuruh atau tkt... nyawa ikut perut... jgn la makan angin la... nyawe dada stady, hanyer perut ker yang gerak..
2. pegang mike kat tgh batang sbb nnti tak nmpk maner ketar tue... kalu bleh ckp kuat tak pyh gune mike sbb kalu ckp kuat pun bleh buat hilang raser tkt...
3. Tulis lu isu yg hndk diucap sblm memberi ucapan... nnti senang nk ckp...
4. Buat lawak kalu pandai... sbb org bosan kalu ckp jer tanpa buat lawak...kalu tak pandai jgn buat lawak sbb nanti jd mende lain... org bkn gelak krn lawak anta ttp lawak tgk anta nmpk mcm senduk jer...

Wallahua'lam

Sunday, August 9, 2009

Ar-Riak

Salam... KEJAMNYA RIAK...Saya b'pesan pada diri saya dan semua yg membace pasal RIAK... riak merupakan syirik yg plg kecil...Rasulullah s.a.w bersabda: " Jauhkan dan singkirkanlah perkara-perkara yang membinasakan." Sahabat-sahabat Baginda bertanya: " Apakah dia perkara-perkara itu ya Rasulullah?'' Baginda s.a.w menjawab: " (Salah satu yang terbesar di antaranya) ialah melakukan syirik terhadap Allah….".KEJAMNYA RIAK... Manusia skrang tak sdr mrk diserang penyakit riak... Mahupun mrk yg m'getahuinya.. bukan senang m'hapuskan sifat ini... Jika zaman sahabat dahulu, mane2 sahabat memuji dan didengarinya sendiri, sahabat itu akan mencampakkan batu kepada pemuji.. ada yg mengetuk kepala dgn selipar... krn riak adalah penghapus pahala... jika kita b'bangga sedikit pun apabila org memuji kita ataupun tidak, semua amalan kite pasti tdk dikire...Rasullah s.a.w bersabda: " Sesiapa mati dalam keadaan ia melakukan sebarang syirik terhadap Allah, masuklah dia ke dalam neraka.". Biarpun kita b'puasa 10 thn.. biarpun solat tahjud tdk prnh ditinggalkan, biarpun menghafaz 400000 hadith, sume itu seperti buih2 dilautan... KEJAMNYA RIAK... Rasulullah s.a.w bersabda: " Sesungguhnya perkara yang sangat-sangat aku takuti akibat buruknya menimpa kamu ialah syirik yang kecil." Sahabat-sahabat Baginda bertanya: " Apa dia syirik yang kecil itu ya Rasulullah?" Baginda s.a.w menjawab: "( Syirik yangkecil itu) ialah riak - Allah Taala akan berfirman pada hari Kiamat apabila manusia datang dengan amal masing-masing: " Pergilah kepada mereka yang kamu melakukan riak di dunia dahulu ( untuk menunjukan kepada meraka ), kemudian lihatlah, adakah kamu akan dapati sebarang balasan di sisi mereka?"
Wallahua'lam

Pandangan Ustaz Azhar

salam...ustaz,

1. apakah hukum sekiranya seseorang lelaki ingin mencari teman hidup sebagai isterinya dengan cara pendekatan 'sms' iaitu untuk mengenali hati budi seseorang?

2. ddgn cara 'sms' dpt mengelakkan daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang sebelum kahwin?

minta ustaz jelaskan..terima kasih

..........................

w.salam

Jika memang berniat menajdikan wanita tersebut sebagai isteri maka harus menggunakan sms untuk menanyakan perkara2 yang perlu sahaja dan tidak boleh lebih kepada yang bukan perlu seperti bermanja2an dan berkaish2han.

Jika tidak berhati2 akan mudah terjatuh kepada perkara yang dilarang sekalipun hanya me3lalui sms.

Oleh itu sentiasalah menjaga lunas2 agama semasa bersms dengan wanita yang bukan mahram.

wallahua'lam

Zikir


فَإِذَا قَضَيۡتُمُ ٱلصَّلَوٰةَ فَٱذۡڪُرُواْ ٱللَّهَ قِيَـٰمً۬ا وَقُعُودً۬ا وَعَلَىٰ جُنُوبِڪُمۡ‌ۚ
[An-Nisa' : Ayat 103]

Maksudnya: "Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solah maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk dan semasa kamu berbaring."

Tak ssh kalu kite nk sbt kalimah "lailahailallah" walaupun dlm keadaan b'jalan ke kelas, sekolah, kuliah atau dimana2 shj...tp kalu dlm jamban tu jgn la... maklumlah nk kate warak.. kat maner2 nk zikir... jika kita sebut subhanallah sekali, satu pokok akan tumbuh didalam syurga kita sendiri.. kalu ana, mmg jahil dan suke buat mende2 lara.. tgh jalan sorang2, mmg boleh sbnrnyer b'zikir drpd duk pikir "Nk kate kat aper kat ustaz nie kalu ustaz tanyer knaper lambat". Kalu perempuan plk mmg t'kenal la dgn ngate org.. bukan sume la... kalu ari tu kat skolah.. 2 org prempuan tgk aku jln sorang2.. mase tu aku tgh nk gi kelas... nk tau die kate aper kt aku..."Tu la die bdk paling malas kat skolah nie". Pastu sahabat hambe dgr, die bagitau kat hambe... Punyer tak snonoh org tue... sajer jer bagi pahala kat org... aku sendiri tak phm la aper kene ngan prempuan skarang... kalu tak ngate org tak sah... kalu tak ngate sehari aku raser kiamat dah semakin dkt... mmg la kiamat semakin dekat takkan semakin jauh kot.. hahaha...
Wallahua'lam


Ucapan Salam

Assalamu'alaikum,
Salam adalah satu ucapan sejahtera keatas muslim atau muslimat lain... dan kite tdk dibenarkan memberi salam kepada org kafir... kerana kite tdk boleh mendoakan kesejahteraan keatasnya ttp kite boleh berdoakan hidayah kepadanya... dulu ade skali.. Ana t'serempak la sorang manusia... "Perlu ker aku bagi salam kat die?". Skali pandang mmg bangla, dua kali pandang mcm india, tiga kali pandang mcm melayu... ermmm.... bezz gak dpt muke universal mcm die.... bleh tukar2 mcm mask rider atau mcm citer x-men yg jahat tue... last2 aku senyum jer la kat die... lagi bagus kalu letak jer die tu dlm zoo.. tulis jer species manusia baru... baru ramai org tgk.. tak pun buat zoo manusia... letak la org negrow, cina, india, melayu, arab, dan mcm2 lagi... mesti ramai la punyer org dtg kat zoo tue... buat duit tue... pastu letak la org muke universal td kat tempat special.. lagi byk duit dtg... $.$ ... ok2.. kite tukar citer la... dah mengarut dh tu..

Kalu skrang maner ader yg bagi salam.... contoh... "Oi Seduk, lamer tak jumpe ko.. maner ko pegi slamer nie.. beruk btul la ko nie..". Tu baru satu.. ader yg bagi slm tp mmg ****...contoh..."Assalamua'laikum, maner ko pegi arghh setan... lamer btul ko tak melintas kat sinie... b*bi btul ko nie...". Dah baik2 doa sejahtera kat org tu.. pastu duk ckp mcm tue... ader ker patut mnsia skrang...
Wallahu a'lam

Template by:
Free Blog Templates